Monday, July 2, 2012

Cerpen Dirgahayu Bahasa - Pahlawan Buntung


Cerpen Pahlawan Buntung

(S. Othman Kelantan)

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.  Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.  Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan.  Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong.  Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.



Tema
 
Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.


Persoalan
 
1.    Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.

2.    Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.

3.    Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.

4.    Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.

5.    Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.

6.    Persoalan hormat kepada  warga tua atau warga emas

Plot
 
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i)           Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.

(ii)             Perkembangan
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.
(iii)            Konflik
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat.   Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.

(iv)            Klimaks

Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.

(v)             Peleraian

Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

Teknik Plot

1.                    Pemerian 

ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur.  Kemerah-merahan.  Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…

2.                    Dialog
“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam.  Abang dan Adik kebetulan ada.
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
3.                    Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan.  Dia segala-galanya.  Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan.  Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan.  Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain.  Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar.  Dan sekarang.  Mak Bidah pula meraung…

4.                    Imbas kembali
Latar
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun.  Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun.  Pak Husain tegap sasa.  Dia berani.  Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

Latar Masa
·            30 tahun lalu (situasi perang)

·            Tahun 1941 – 1973

·            Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan

·            Semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat

·            Kampung Pulau Pak Amat

·            Kampung Tok Lukup

·            Sungai Gali

·            Kampung Dal

·            Jalan Bayam

Latar Masyarakat

·            Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat

·            Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan

·            Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga

·            Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Pak Hussain

·                                    Berusia 60 tahun

·                                    Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)

·                                    Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)

·            Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.

·            Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.

·            Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan

1.      Khalid (aku)

·                              Anak Pak Hasan

·      Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong


2.      Fatimah
·                              Ibu Khalid

·      Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Gaya Bahasa
 
1.    Kata ganda

Contoh:  berjabu-jabu 

2.    Metafora

Contoh : gebar kebingungan

3.    Hiperbola

Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

4.    Personifikasi

Contoh : ombak pagi yang malas
Nilai
 
  1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
  2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
  3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

  4. Pengajaran
    Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

  1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
  2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
  3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
  4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

Latihan

1.    Apakah kecacatan Pak Husain?

2.    Berapakah usia Pak Husain ketika bertemu dengan Khalid?

Cerpen Dirgahayu Bahasa - Penangguhan


Penangguhan
(Wijaya Mala)


SINOPSIS
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

TEMA
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..

PERSOALAN
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat  rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..
3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap  yang hidup pasti akan mati.


PLOT
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii) Perkembangan
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
(iii) Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv) Klimaks
Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.
(v) Peleraian
Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..

TEKNIK PLOT
1. Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …
2. Suspens
“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Kapten Mamat
• Bekerja sebagai kapten kapal.
• Seorang pesara.
• Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
• Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.

Watak Sampingan
1. Masnah
• Janda Baharum.
• Mempunyai dua orang anak.
• Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
• Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.
2. Isteri Kapten Mamat
• Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
• Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.
3. Bahar
• Anak Baharum
• Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap

LATAR
Latar Masa
1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.
Latar Tempat
1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri  dan anak-anak arwah  Baharum.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...
4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.
2. Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.
3. Penggulangan kata
Contoh ;  yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.
4. Personifikasi 
Contoh : badannya dihembus angin.
5. Simile
 Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

NILAI
1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.
3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang  memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

Latihan
1.Apakah perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum ?
2.Pada pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan tindakan yang sepatutnya diambil olehnya.


 

Sunday, July 1, 2012

Antologi Dirgahayu Bahasa - Cerpen Idola


Cerpen Idola

( Zaen Kasturi)

Sinopsis
 
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup.  Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Tema
 
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.

Persoalan


1.        Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .

2.        Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.

3.        Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

4.        Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.



Plot
 



Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i)        Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.

(ii)      Perkembangan

Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

(iii)     Konflik

Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.





(iv)                 Klimaks

Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.

(v)                  Peleraian

Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Teknik Plot

1.    Pemerian

Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali.  Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…

2.    Monolog

“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.

3.    Dialog

“Err… tidak,”

“Bercakap benarlah saudara.”

Err… ya…ya…”

4      Suspens

Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya.  Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.

Watak dan Perwatakan
 



Watak Utama

Si Penjaga Panggung

·            Bekerja sebagai penjaga panggung.

·                                    Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.

·            Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi  kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Watak Sampingan

1.    Si Hero

·         Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.

·                                 Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)

·         Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.

2.    Isteri Penjaga Panggung

·         Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.

·         Mempunyai 10 orang anak.







Latar
 



Latar Masa

1.    Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.

2.    Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.



Latar Tempat

1.    Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.

2.    Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.



Latar Masyarakat

1.    Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.

2.    Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.

3.    Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan.

4.    Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero.

Gaya Bahasa
 





1.    Kata ganda

Contoh:  putera-puteri

2.    Metafora

Contoh: kawah lupa diri

3.    Simpulan Bahasa

Contoh: merendah diri

4.    Hiperbola

Contoh:  suaranya bak halilintar

5.    Personifikasi

Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku

6.    Falsafah

Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

Nilai
 





1.    Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya.

2.    Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

3.    Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.



                                             



Pengajaran
 





1.    Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

2.    Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga.  Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.

3.    Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.




Latihan

1.    Nyatakan tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung selepas tamat pementasan drama.

2.    Jelaskan mengapa hero dikagumi.













Monday, April 9, 2012