Monday, August 8, 2011

PANDUAN PENULISAN KARANGAN (Bahagian 2) Sumbangan EN.MOHD RUSLI BIN MOHD LASIM B.EDU HONS

Format

Pendahuluan
Memperlihatkan kematangan
Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan)
Isi
• Isi yang baik dan tidak berputar-belit
• Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk dan teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda.
• Huraian berserta contoh yang konkrit
• Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan)
• Gunakan bahasa mantap
• Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud
• Mantapkan ayat dengan perbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa.
Penutup.
Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis

Isu-isu menarik
( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman)
Contoh soalan karangan.

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan
Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan
Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan
langkah-langkah mengatasinya
Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Perkara ini menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang efektif untuk membendungnya.
[ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p]
[merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan]

Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 (Hal ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenangan hidip yang dirasai dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka.
(Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p)
PW [ Di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR Kementerian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 Kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam pepeperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1] Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?
( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p)
PW [Sehubungan itu],/ekoran itu /lantaran itu /namun demikian
H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimanakah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat “melepas batuk di tangga sahaja”) [K1] Jelas di sini, sistem pendidikan tidak mantap merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme dalam kalangan generasi masa kini .
( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)
Walau bagaimanapun / namun begitu……
Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p )
PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri.
(ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p)
Konklusinya / oleh itu,…….
[PK] Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada Negara. Kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.
(4 ayat, lebih kurang 72 p.p)

KOLEKSI SOALAN-SOALAN NOVEL SPM 2011


KOLEKSI SOALAN-SOALAN NOVEL SPM 2011
LATIHAN 1
4(a) Membaca sesebuah novel akan meninggalkan kesan dalam kalangan pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan cara watak utama Berjaya menimbulkan kesedaran tersebut.
( 7 markah)
(b) Sisipan teknik plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sesebuah novel yang menarik. Huraikan teknik imbas kembali dan monolog dalaman yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari. ( 8 markah )

LATIHAN 2
4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perselisihan pendapat yang berlaku antara watak-watak dalam novel tersebut. ( 7 markah )

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan pengorbanan yang telah dilakukan oleh satu watak bagi setiap novel. ( 8 markah )

LATIHAN 3
4(a) Keberanian merupakan sebahagian daripada nilai yang dikemukakan oleh pengarang. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian . ( 7 markah )

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, nyatakan watak sampingan yang mempunyai kaitan yang rapat dengan watak utama. ( 8 markah )


LATIHAN 4
4 (a) Watak sampingan memainkan peranan penting dalam jalinan cerita dalam novel yang anda kaji. Huraikan perwatakan dua watak sampingan yang anda pilih. (7 markah)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan konflik yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. ( 8 markah)


Friday, July 22, 2011

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.6)juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) insentif
(ii) intensif
(iii) aspirasi
(iv) inspirasi
(v) interaksi
(vi) interpretasi [ 6 markah ]

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Pisahkan subjek dan predikat ayat-ayat
tersebut.

(i) Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut.
(ii) Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan
kerja-kerja amal.
(iii) Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah. [ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti dan betulkan kesalahan -kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Jurujual itu sedang mengetengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut
agar pembeli tahu selok belok merapi rambut yang betul.
(ii) Usaha membenteras va ndalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua
pihak.
(iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi
pada akhir tahun 1990an lagi. [ 6 markah ]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke
sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi.
(ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya
pencairan ais pada kawasan kutub.
(iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu
yang belum dia kuasai. [ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain
yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

(i) Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaikbaik
semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.

(ii) Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata
peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

(iii) Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke
tempat asalnya, bak ka ta peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.
[ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang
berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

(b) Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar masa
dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.
[8 markah]

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.5) juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.


(i) tulus - telus
(ii) seloroh - seluruh
(iii) cocok - cucuk

[6 markah]
(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme. Vandalisme ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme.

[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari lalu.

(ii) Dalam majlis itu, berbagai-bagai persembahan telah diada sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun.

(iii) Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindar diri daripada perbuatan yang mengaibkan mereka.
[6 markah]



(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa spesies burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

(ii) Pesilat itu melenting ke kiri dan kanan sebelum menerpa ke arah pihak lawan.

(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu akan meneruskan perjalanan ke Eropah di dalam masa satu jam setengah dari sekarang.

[6 markah]
(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap daripadanya.

(i) seperti lembu dicucuk hidung
(ii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(iii) biar mati anak, jangan mati adat
[6 markah]


Soalan 4 : Novel

[15 markah]


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam salah satu novel yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Bandingkan watak utama melalui mana-mana dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.4) juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 Markah ]

Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gembar-gembur
(ii) hitam-legam
(iii) kusut-masai
(iv) semak-samun
(v) lintang-pukang
(vi) kering-kontang (6 markah)

(b) Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Warga tua ialah golongan berusia 50 tahun ke atas. Mereka melalui pelbagai perkembangan. Perkembangannya termasuk yang pahit dan manis. Warga tua akan mengalami banyak perubahan secara fizikal. Mereka juga mengalami perubahan kognitif. Tubuh mula menyusut, rambut gugur, reput tulang dan masalah deria.Sepatutnya mereka dihormati. Seterusnya disayangi dan didampingi. Ada dalam kalangan masyarakat moden hari ini menganggap warga tua sebagai beban. (6 markah)

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar terpaksa ditunda kerana Pengetua terpaksa menghadirkan mesyuarat yang penting.
(ii) Puan Fatimah sedang menyiapkan deraf ucapan wakil rakyat yang akan merasmi bangunan baru sekolah.
(iii) Abdullah tidak terasa penat walaupun memandu dalam kesesakkan jalan raya setiap kali pergi dan balik kerja. (6 markah)

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pemenang perlawanan menggubah bunga dikehendaki naik ke pentas untuk menerima hadiah.
(ii) Cerpen yang ditulis oleh saya telah disiarkan dalam ruangan `Sudut Kreatif‟ majalah Dewan Siswa.
(iii) Berjuta ringgit dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran kerana membiayai pembangunan ICT di sekolah-sekolah. (6 markah)

(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

(i) Sebulat suara
(ii) Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
(iii) Bagai lalang ditiup angin (6 markah)

Soalan 4 :
[ 15 Markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Pengarang sering kali mengetengahkan persoalan kepincangan masyarakat dalam sesebuah novel. Huraikan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. ( 7 Markah )

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. ( 8 Markah )

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2011 (volume 3) juga soalan novel

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. tawar / tawar-menawar
ii. simpang / simpang-penerang
iii. turun / turun - temurun .............................[6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan ayat-ayat dalam petikan kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Pembangunan Malaysia yang pesat telah menarik kemasukan pekerja asing. Mereka datang kerana negara kita aman dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Mereka memperoleh gaji yang lumayan kerana mereka sanggup bekerja keras.
.............................................................................[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur dengan tekun.

ii. Pegawai dari institusi pendidikan swasta diundang sebagai penal dalam sesi wawancara yang bertajuk ‘Menggunakan Komputer Dalam E-Pembelajaran’.

iii. Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu kemistian dalam penghidupan manusia moden hari ini.
..............................................................................[6 markah]


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Sejak dari peristiwa itu, Norisah tidak pernah menengok ibunya di kampung.

ii. Kita mestilah saling bantu-membantu untuk menghasilkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

iii. Idwal menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah.
..............................................................................[6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza.

............Asma dan Dira ialah dua orang sahabat karib yang sentiasa melakukan sesuatu perkara bersama-sama sejak di bangku sekolah. Mereka berjanji untuk mengeluarkan modal sebanyak RM 10,000.00 seorang. Tetapi malangnya setelah semua persediaan dilakukan oleh Asma, tiba-tiba Dira menarik diri dan membatalkan perjanjian tersebut. Asma yang telah bersedia dari segi mental dan fizikal serta modal yang mencukupi berasa kecewa akan tindakan Dira. Akhirnya, Asma telah menyewa sebuah restoran yang strategik kedudukannya dan berpotensi untuk maju jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. [6 markah]




Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang pernah anda pelajari.

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Setiap novel mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri.
Nyatakan dua perkara yang anda anggap menarik tentang sebuah novel yang anda kaji. ............................................................[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tema yang terdapat dalam novel-novel tersebut. .....[8 markah]

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2011 (volume 2) juga soalan novel

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) perilaku
(ii) prabayar
(iii) poliklinik
(iv) pancaindera
(v) prokerajaan
(vi) pascamerdeka....................................[6 markah]

(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?
Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.
Cikgu Ani : Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak.
Sara : Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.
Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?
Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.
............................................................................[6 markah]


(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan.

(ii) Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar.

(iii) Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.
.....................................................................[6 markah]


(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota.

(ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua.

(iii) Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun.
..........................................................[6 markah]

(e) Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut.
(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.

(ii) Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara.

(iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. [6 markah]

Soalan 4 (a) : Novel
[15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Renyah

(ii) Sutera Dalam Lukisan


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kebijaksanaan. [7 markah]

(b) Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam dua buah novel yang anda pelajari.
.......................................................[8 markah]