Showing posts with label Komsas F5. Show all posts
Showing posts with label Komsas F5. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Antologi Dirgahayu Bahasaku - Drama Dato' Onn


Drama Dato’Onn

(Othman Hj Zainudin)

Sinopsis
 
Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.
         Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.
          Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Pemikiran    
           Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’  Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67  tahun di Larkin, Johor Bahru.

Tema
Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

Persoalan


1.    Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.
2.    Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan.
3.    Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.
4.    Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.
5.    Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.
6.    Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.

7.    Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn.

8.    Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.
Plot

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu :

(i)    Permulaan
·         Pada peringkat ini,  watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan,  tetapi perkahwinan mereka gagal.
(ii)  Perkembangan

·         Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.

(iii) Konflik
·         Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.
·         Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.
·         MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.
·         MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
·         Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan 

(iv)         Klimaks
·         Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan.
(v)          Peleraian
·         Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air.
Teknik Penceritaan

1.             Pemerian
·         Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan…
2.            Imbas Kembali
·         Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…
3.            Dialog
·         Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum

Watak dan Perwatakan
 
Watak Utama

      Dato’ Onn b Jaafar 
·      seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
·      Menteri Besar
·      Pengasas kemerdekaan
·      Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.
·      Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.
Watak Sampingan

Halimah
·      isteri Dato Onn
·      seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja
Cik Kah                     
·      seri panggung
·      Penari yang dapat menarik perhatian Dato’  Onn
DJ Campbell             
·      Pegawai Inggeris
·      Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.

Dr Burhanuddin       

·      Pemimpin KMM
·      Pengasas Parti PAS
·      Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.

Latar
 
Latar Masa

1.    1927, Dato Onn menjadi nelayan
2.    21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3.    14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4.    1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5.    1951 Dato Onn berucap
6.    31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat

1.    Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
2.    Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3.    Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
4.    Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
5.    Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
6.    Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
Contohnya Dato Onn.

  1. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu  yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan.
  2. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
  3. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti  MPAJA dan KMM

Gaya Bahasa

Diksi

Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club

Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah

Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Nilai

1.    Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama
2.    Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
3.    Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah
4.     Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ On
5.    Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor  menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.
6.    Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn telah mengaturkan  pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.
Pengajaran

1.    Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2.    Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
3.    Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4.    Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
5.    Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan.
6.    Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.


Latihan

1.    Apakah tindakan askar MPAJA  selepas Jepun menyerah kalah? 

2.    Apakah tugas pertama yang dilakukan oleh Dato Onn setelah dilantik sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat?


Antalogi Dirgahayu Bahasaku/ Drama 1400

Drama 1400
(Nordin Hassan)
SINOPSIS
Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.
  Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya.  Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak.  Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung.  Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya.  Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung.Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung.Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
  Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.
  Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau.  Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.
  Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam.  Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.
TEMA
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.

PERSOALAN
1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu
PLOT
Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi.  Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
• Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya         menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.
(ii)  Perkembangan
• Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang         mewah.
(iii)    Konflik
• Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.
• Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
        sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
• Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
        dibuang.
(iv)    Klimaks
• Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.
 (v)    Peleraian
• Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.
TEKNIK PENCERITAAN
1. Kejutan
• Dollah bertemu dengan mayat ibunya
• Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh
2. Suspens
• Dollah disondol binatang ganjil
3. Pemerian
• Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...
4. Imbas Kembali
• Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
        Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi         air. Pantai tak jauh.
5. Monolog
• Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Dollah
• Capik, miskin dan dihina masyarakat
• Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
• Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
• Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.
Watak Sampingan
1. Intan Siti Rahimah
• Isteri Dollah
• Perempuan yang cantik
• Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.
2. Abu Lahab
• Broker tanah
• Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang         kampung.
3. Pak Sudin
• Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.

LATAR
1. Latar masa
• Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
• Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
• Petang – di surau, Dollah berbual dengan Pak Long
2. Latar tempat
• Kampung Kuala dan  Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
• Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
• Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
• Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya
3. Latar masyarakat
• Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.
• Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
• Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
• Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
• Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah  yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.

GAYA BAHASA
1. Simpulan Bahasa
• Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
2. Repetisi
• Mereka, merekalah…
• Cakap, cakap, cakap, cakap ...
3. Personifikasi
• Kambing-kambing tersenyum
4. Kata Pinjaman
• Bahasa Inggeris
       Order, secret,you, I
• Bahasa Arab
       Fajar, sidik, hijrah
NILAI
1. Nilai kesabaran
Contoh:
• Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
• Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
• Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
• Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
5. Nilai ketaatan
Contoh:
• Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana         dia capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.
5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.  Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung.         Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.

Latihan
1. Mengapakah Dollah meminta bantuan daripada bomoh?
2. Apakah makanan kesukaan Intan Siti Rahimah semasa mengandung?