Thursday, January 5, 2012

PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN

Jenis Rumusan/Ulasan
 Petikan rencana
 Berita
 Ucapan
 Cereka, dan sebagainya


Pendahuluan yang baik
• Markah untuk pendahuluan hanya 2 tetapi ia tetap penting dalam sesuatu rumusan.
• Sejak SPM 2004 berlaku perubahan terhadap cara penulisan pendahuluan.
• Sebaik-baiknya rumusan dimulakan dengan frasa berikut:
o Petikan membincangkan....
• Ditulis dalam satu ayat yang merangkumi tema keseluruhan petikan.
Panduan mencari isi tersurat
• Kebiasaannya, petikan yang diberi adalah sekitar 300 hingga 350 patah perkataan dan jumlah perenggan pula antara 4 hingga 7 perenggan.
• Apabila seseorang penulis asal petikan itu menulis, dia sudah tentu meletakkan 1 isi utama dalam 1 perenggan. Jumlah isi sokongan pula antara 1 hingga 3 manakala contoh turut disertakan.
• Untuk mencari isi tersurat, anda juga harus berfikiran begitu, iaitu 1 isi dalam 1 perenggan tetapi untuk memilih isi itu, perlu diperhatikan fokus soalan kerana soalan mengandungi 2 fokus, yang pertama untuk tersurat manakala yang kedua untuk isi tersirat.
• Pastikan sama ada setiap isi berkaitan atau tidak.
• Gariskan isi dalam setiap perenggan dan pilih yang paling berkaitan dengan fokus soalan yang pertama..
• Kategorikan isi yang berbentuk contoh seperti Proton Saga, Wira, Kancil, Perdana (kereta buatan Malaysia)
• Tulis mengikut urutan dalam perenggan kedua.

Panduan menulis isi tersirat
• Kesukaran mencari isi tersirat sering kali menyebabkan pelajar mendapat markah rendah.
• Walaupun begitu, sejak SPM 2004, dalam soalan itu sendiri sudah dinyatakan secara tidak langsung kehendak isi tersirat menerusi fokus soalan kedua.
• Dengan itu, isi tersirat bukan lagi tafsiran kepada isi tersurat seperti sebelum SPM 2004.
• Sebaik-baiknya ditulis dalam 1 perenggan, iaitu perenggan ketiga dan tidak dicampur dengan isi tersurat atau kesimpulan.
• Isi tersirat tidak harus mengandungi cadangan (daripada anda) kecuali cadangan itu telah sedia ada dalam petikan dan sebelum ditulis perlu diubah suai agar tidak kelihatan sebagai cadangan anda.

Kesimpulan
• Kesimpulan diperuntukkan 2 markah.
• Untuk mendapat markah penuh, kesimpulan harus mempunyai:
o Rumusan keseluruhan
o Cadangan berkaitan dengan isu dalam petikan.
• Rumusan keseluruhan yang dimaksudkan ialah rangkuman isi tersurat dan tersirat yang mungkin meliputi faktor, kesan atau langkah.
• Cadangan pula lebih merupakan seperti keperluan menyedari sesuatu isu, menggemblengkan usaha dan sebagainya mengikut konteks soalan berpandukan fokus soalan.
• Kombinasi terbaik ialah:
o Kesimpulannya, ......
o Cadangan yang menggunakan kata hendaklah..., seharusnya...,sepatutnya ... dll)
o ......supaya.../agar...
o Kesan/implikasi.
• Kesimpulan harus ditulis berasingan dalam 1 ayat di perenggan terakhir.

Pemerengganan yang baik
• Rumusan yang baik harus ditulis dalam perenggan.
• Anda disyorkan menulis dalam empat perenggan, iaitu:
o Pendahuluan
o Isi tersurat
o Isi tersirat
o Kesimpulan.
• Rasional saranan itu ialah kerana biasanya pemeriksa dibekalkan skema dalam urutan yang sebegitu.

No comments:

Post a Comment