Drama
Dato’Onn
(Othman
Hj Zainudin)
Drama ini
mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan
menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’
Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak
panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari
jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang
ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah
ke Singapura.
Di sana Dato Onn dan Syed Hussien
Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk
fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah
Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn.
Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.
Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu
dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara
apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa
yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik
menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM,
ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut
kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Pada tahun 1946 dalam Kongres
Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar
parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih
ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu
diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.
Tema
Drama
ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang
sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn
menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai
dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang
Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar,
penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai
kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap
bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan
Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana
berlainan pendapat.
1. Persoalan golongan bangsawan yang
berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato’ Onn yang
sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan
genting sekalipun.
2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam
kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah
negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang
Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn menentang penjajah demi mencapai
kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan.
3. Persoalan pengorbanan seorang
pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran
tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya
dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani
kehidupan getir sebagai seorang nelayan.
4. Persoalan keganasan pihak komunis di
Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai
keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa
terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.
5. Persoalan menjaga kepentingan dan
maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan
anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah
adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga
anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.
6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus
ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan
bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai
tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai
penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.
7. Persoalan kezaliman penjajah menindas
rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan
Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal
menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga Dato’Onn di Bukit
Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan
Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa
Dato’ Onn.
8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda
rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan
melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan
kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka
bangkit menentang Malayan Union.
Secara
keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu :
(i) Permulaan
·
Pada
peringkat ini, watak Dato’ Onn
digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal dari keturunan
bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’
Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.
(ii) Perkembangan
·
Pada
bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang.
Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi
menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh
Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya
dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa
orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan
bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan
diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa
penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat
jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
(iii) Konflik
·
Perkahwinan
Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.
·
Dato’
Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri
itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan
rumah keluarganya dirampas.
·
MPAJA
dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim
dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas.
Huru-hara berlaku.
·
MPAJA
berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang
Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
·
Dato’
Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad
Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris
untuk menuntut kemerdekaan
(iv)
Klimaks
·
Dato’
Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh
ketinggalan.
(v)
Peleraian
·
Oleh
sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak,
Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat mendengar berita
kemerdekaan tanah air.
1.
Pemerian
·
Dato
Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum
bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan…
2.
Imbas
Kembali
·
Tapi,
semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun
tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…
3.
Dialog
·
Onn:
“Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum
Watak
Utama
Dato’ Onn b Jaafar
·
seorang
reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
·
Menteri
Besar
·
Pengasas
kemerdekaan
·
Seorang
yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah
keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka
kerabat dan darah daging beliau.
·
Seorang
yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai
Melayu dengan sikapnya yang bakhil.
Watak Sampingan
Halimah
·
isteri
Dato Onn
·
seorang
yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan
menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja
Cik Kah
·
seri
panggung
·
Penari
yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn
DJ Campbell
·
Pegawai
Inggeris
·
Sukar
menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British
selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.
Dr Burhanuddin
·
Pemimpin
KMM
·
Pengasas
Parti PAS
·
Seorang
yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela dijajah
Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju bergabung
dengan MPAJA menentang Inggeris.
Latar Masa
1.
1927, Dato Onn menjadi nelayan
2.
21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3.
14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4.
1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5.
1951 Dato Onn berucap
6.
31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan
Latar Tempat
1.
Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
2.
Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan
KMM.
3.
Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang
Malayan Union
4.
Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas
Dua
5.
Hotel
Majestic, KL, Dato Onn berucap
6.
Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah
air
Latar Masyarakat
- Masyarakat
golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
Contohnya
Dato Onn.
- Masyarakat
Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu
yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan.
- Masyarakat
penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah,
contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
- Masyarakat
yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM
Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club ,
Johor Sport Club
Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah
Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang
1.
Nilai
taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga,
akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama
2.
Nilai
bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan
negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab
memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
3.
Nilai
bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat.
Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga
berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah
4.
Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu
menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan
sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah
pimpinan Dato’ On
5.
Nilai
menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor
menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa
orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.
6.
Nilai
muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting.
Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn telah
mengaturkan pertemuan dengan pelbagai
pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.
1.
Pemimpin
hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2.
Kita
hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
3.
Kita
hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4.
Kita
perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh
dengan unsur negatif.
5.
Kita
perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan
kekerasan yang banyak merugikan.
6.
Kita
perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik
berbanding perbincangan yang disertai emosi.
Latihan
1. Apakah tindakan askar MPAJA selepas Jepun menyerah kalah?
2.
Apakah
tugas pertama yang dilakukan oleh Dato Onn setelah dilantik sebagai Pegawai
Daerah Batu Pahat?