Cerpen
Idola
(
Zaen Kasturi)
Sinopsis
|
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.
Tema |
Kekeliruan hidup antara fantasi dan
realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.
Persoalan
|
1.
Persoalan
kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga
panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .
2.
Persoalan
suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa
beranggan-anggan menjadi hero.
3.
Persoalan
kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga
panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut
perjuangan yang sesungguhnya.
4.
Persoalan
kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba
menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan
sebenarnya.
Plot
|
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini
digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Pembaca diperkenalkan
dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong
dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang
sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota
sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.
(ii)
Perkembangan
Pada bahagian ini, watak
penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan
berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia
terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil
kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah
sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu
membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.
(iii)
Konflik
Pada peringkat ini, watak
penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas
waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya
selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan
hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran
sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya
dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin
menjadi seperti hero.
(iv)
Klimaks
Pada tahap ini watak penjaga panggung
yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada
kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata
hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia
berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.
(v)
Peleraian
Penjaga panggung telah bertindak
melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah
dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.
Teknik Plot
1.
Pemerian
Jam di belakang pentas
berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung
membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya
ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…
2.
Monolog
“aku…aku berupaya menjadi
hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri,
antara dengan tidak.
3.
Dialog
“Err… tidak,”
“Bercakap benarlah
saudara.”
Err… ya…ya…”
4
Suspens
Dengan bantuan tangan
sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya,
kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya
ke dinding.
Watak
dan Perwatakan
|
Watak Utama
Si Penjaga Panggung
·
Bekerja
sebagai penjaga panggung.
·
Mempunyai
seorang isteri dan sepuluh orang anak.
·
Keliru
dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero
bukan hanya mahu memegang watak hero.
Watak Sampingan
1.
Si
Hero
·
Suka
menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan
meminta memuji diri sendiri.
·
Seorang
pelakon yang memegang watak utama (hero)
·
Berterus
terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa
kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan
kehidupan di dalam panggung.
2. Isteri Penjaga Panggung
·
Berfikiran
terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan
suaminya tentang pekerjaan suaminya.
·
Mempunyai
10 orang anak.
Latar
|
Latar Masa
1.
Waktu
malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya
pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.
Latar Tempat
1.
Panggung
sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
2.
Rumah
penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.
Latar Masyarakat
1.
Masyarakat
yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.
2.
Masyarakat
yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.
3.
Masyarakat
yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa
pementasan.
4.
Masyarakat
yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi
seperti hero.
Gaya
Bahasa
|
1. Kata
ganda
Contoh: putera-puteri
2. Metafora
Contoh: kawah
lupa diri
3. Simpulan
Bahasa
Contoh: merendah
diri
4. Hiperbola
Contoh: suaranya bak halilintar
5. Personifikasi
Contoh: kerusi-kerusi
tetap kaku
6. Falsafah
Contoh: seberkas
sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak
Nilai
|
1.
Nilai
kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah
berbeza dengan lakonannya.
2.
Nilai
kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan
hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.
3.
Nilai
ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran
hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di
kawasan setinggan.
Pengajaran
|
1.
Kita
hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu
kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.
2.
Seorang
isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan
karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.
3.
Seorang
isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak.
Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu
walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.
Latihan
1.
Nyatakan
tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung selepas tamat pementasan
drama.
2.
Jelaskan
mengapa hero dikagumi.
No comments:
Post a Comment