Cerpen Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)
Sinopsis
|
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak
Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan
pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau
Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka
terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman
selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai
nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena
serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap
sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan
penduduk Kampung Pulau Pak Amat.
Tema |
Kesengsaraan
hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan
anggota tubuh badan dan juga kematian.
Persoalan
|
1.
Persoalan
kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2.
Persoalan
keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3.
Persoalan
kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4.
Persoalan
mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5.
Persoalan
berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6.
Persoalan
hormat kepada warga tua atau warga emas
Plot
|
Secara keseluruhannya plot cerpen ini
mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain
diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku
berdasarkan fizikal.
(ii)
Perkembangan
Dialog antara Pak Husain
dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan
keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia
telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera
Jepun.
(iii)
Konflik
Adik beradik Khalid
memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai
perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali
kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
(iv)
Klimaks
Sewaktu
Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain
hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang
dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah
membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan
menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v)
Peleraian
Setahun
selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan
mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala
peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta
berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.
Teknik Plot
|
1.
Pemerian
ketika kami melangkah ke pintu tadi,
cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah
membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…
2.
Dialog
“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “
kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan
Adik kebetulan ada.
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain
menanamkan matanya ke dalam mataku.
3.
Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke
pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak
Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan.
Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum
turun ke pengkalan. Dan ketika perahu
kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali,
kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain.
Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar.
Dan sekarang. Mak Bidah pula
meraung…
4.
Imbas kembali
Latar
|
Latar
Masa
·
30
tahun lalu (situasi perang)
·
Tahun
1941 – 1973
·
Semasa
sambutan ulang tahun kemerdekaan
·
Semasa
zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat
·
Kampung
Pulau Pak Amat
·
Kampung
Tok Lukup
·
Sungai
Gali
·
Kampung
Dal
·
Jalan
Bayam
Latar
Masyarakat
·
Masyarakat
kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
·
Masyarakat
nelayan yang bekerja menangkap ikan
·
Masyarakat
yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
·
Masyarakat
yang setiakawan dalam memberi pertolongan
Watak dan Perwatakan
|
Watak
Utama
Pak
Hussain
·
Berusia
60 tahun
·
Dahinya
berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
·
Berpakaian
sederhana (keperibadian desa – suci murni)
·
Mengetuai
orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai
penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
·
Berpengalaman
dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar
dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga
semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
·
Berjasa
kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak
jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah
membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.
Watak
Sampingan
1. Khalid
(aku)
·
Anak
Pak Hasan
·
Menghormati
pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang
sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong
2. Fatimah
·
Ibu
Khalid
·
Seorang
yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila
Jepun menyerang kampung mereka.
Gaya Bahasa
|
1. Kata
ganda
Contoh:
berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh
: gebar kebingungan
3.
Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa
ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi
Contoh
: ombak pagi yang malas
Nilai
|
- Nilai keberanian
contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
- Nilai
kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk
menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
- Nilai kasih
sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika
mereka berpindah.
- Pengajaran
- Kita
hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
- Kita
hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
- Kita
hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
- Kita
hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
Latihan
1.
Apakah
kecacatan Pak Husain?
2.
Berapakah
usia Pak Husain ketika bertemu dengan Khalid?
No comments:
Post a Comment