Monday, July 11, 2011

HARGA REMAJA SAJAK MAHSURI

Mahsuri
(Zurinah Hassan)

MAKSUD

Rangkap 1

Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.

Rangkap 2

Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta.


TEMA
Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.


PERSOALAN

1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.

2. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

3. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.

4. Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia.


BENTUK

1. Terdiri daripada dua rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas baris.
3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed.
5. Sajak ini berbentuk bebas.


NADA

Melankolik.


GAYA BAHASA

1. Pemilihan kata atau diksinya indah.
Contoh : air matamu dingin embun.

2. Aliterasi :pengulangan konsonan m
Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam (rangkap 1 baris 5)

3. Asonansi :pengulangan vokal u
Contoh : menyambut tetamu pulau

4. Metafora
Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6)

5. Hiperbola
Contoh : melengkung tujuh tanjung (rangkap 1, baris 10)
Putihlah pulau ini (rangkap 1, baris 11)

6. Sinkope
Contoh : kerana tanpamu


7. Personifikasi
Contoh : nyanyian ombak pagi (rangkap 1, baris 4)


NILAI

1. Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.

2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.

3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya.

4. Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara.

2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.

3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

Soalan

1. Nyatakan tema sajak Mahsuri.

2. Nyataka dua faktor Pulau langkawi popular sebagai destinasi pelancongan negara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment