Saturday, July 9, 2011

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (1) [SOALAN PERCUBAAN 2007 SMK DMM)

LATIHAN 1


a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i). ahli

(ii). haus

(iii). habis
[6 markah]

b) Tulis semula ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Kita mestilah berhati-hati. Kita memandu kenderaan di jalan raya. Kemalangan mungkin terjadi pada bila-bila masa saja. Kemalangan menyebabkan kecederaan dan kecacatan. Kemalangan menyebabkan maut.Pelbagai undang-undang digubal. Undang-undang itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Kesedaran rakyat terhadap keselamatan mereka ketika di jalan raya mestilah dipupuk. Sifat berwaspada sentiasa kita amalkan. Kita mungkin terselamat daripada kemalangan jalan raya. Kemalangan tersebut banyak meragut nyawa.
[6 markah]

c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i). Dalam pasaran hari ini didapati pelbagai feshen pakaian yang mencolok mata tetapi begitu digemari oleh golongan remaja.

(ii). Motorsikal berkuasa tinggi menjadi gilaan pemuda-pemudi hari ini walaupun harganya terlalu mahal.

(iii). Azman tidak sedar akan apa-apa yang dilakukan atas dirinya sehingga ayahnya memberitahukan pekara yang sebenarnya.
[6 markah]

d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata dan istilah atau kesalahan tatabahasa. Kenalpasti kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i). Karangannya itu menceritakan tentang kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami di daerah pedalaman.

(ii). ”Baju Melayu yang saya selalu pakai itu adalah baju pemberian ayah pada hari jadi saya,” kata Sharif kepada rakannya.

(iii). Pertempuran antara tentera Amerika dan tentera Iraq telah mengorbankan banyak nyawa.
[6 markah]

e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat.

(i). Sungguhpun Bujal dihantar ke Pusat Serenti sebanyak tiga kali, namun dia tidak pernah mahu berubah. Segala nasihat yang
diberikan tidak ubah seperti____________________________________________________________.

(ii). Walaupun Datin Zaleha dilantik menjadi pengarah syarikat itu, namun kedudukannya belum selamat kerana dicabar oleh
Datin Nora yang lebih berpengaruh. Kedudukan Datin Zaleha diibaratkan seperti_________________________________.

(iii). Selepas kematian suaminya sepuluh tahun yang lalu, Puan Aini menyara keluarga dengan menoreh getah. Dia tidak
menganggap pekerjaan itu menbebankan dirinya kerana________________________________________________.
[6 markah]


LATIHAN 2

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (1)

[SOALAN PERCUBAAN 2008 SMK DMM)

(a). Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh manambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i). gembar-gembur
(ii). hitam-legam
(iii). kusut-masai
(iv). semak-samun
(v). lintang-pukang
(vi). kering-kontang
[6 markah]

(b). Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat
tersebut.

Warga tua ialah golongan berusia 50 tahun ke atas. Mereka melalui pelbagai perkembangan. Perkembangannya termasuk yang pahit dan manis. Warga tua akan mengalami banyak perubahan secara fizikal. Mereka juga mengalami perubahan kognitif. Tubuh mula menyusut, rambut gugur, reput tulang dan masalah deria. Sepatutnya mereka dihormati. Seterusnya disayangi dan didampingi. Ada dalam kalangan masyarakat moden hari ini menganggap warga tua sebagai beban.
[6 markah]

( c). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i). Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar terpaksa ditunda kerana Pengetua
terpaksa menghadirkan mesyuarat yang penting.

(ii). Puan Fatimah sedang menyiapkan deraf ucapan wakil rakyat yang akan merasmi bangunan baru sekolah.

(iii). Abdullah tidak terasa penat walupun memandu dalam kesesakkan jalan raya setiap kali pergi dan balik kerja.
[6 markah]

(d). Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata dan istilah atau satu kesalahan tatabahasa. Kenalpasti
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i). Pemenang perlawanan menggubah bunga dikehendaki naik ke pentas untuk menerima hadiah.

(ii). Cerpen yang ditulis oleh saya telah disiarkan dalam ruangan ‘Sudut Kreatif’ majalah Dewan Siswa.

(iii). Berjuta ringgit dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran kerana membiayai pembangunan ICT di sekolah-sekolah.
[6 markah]

(e). Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya.

(i). Sebulat suara

(ii). Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

(iii). Bagai lalang ditiup angina

[6 markah]


LATIHAN 3

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) pindah - pindah milik
(ii) reka - reka bentuk
(iii) ganti - ganti rugi
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kerajaan akan memberikan perhatian dalam bidang pertanian.
(ii) Orang ramai sedang berusaha memerangi wabak denggi di negara ini.
(iii) Sebuah kapal kargo dari Jepun telah tenggelam di perairan Selat Melaka semalam.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan pengguna ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kerajaan telah putuskan untuk terus mengekalkan bangunan Parlimen di ibunegara dan tidak akan memindahkannya ke tempat lain termasuk ke Putrajaya.
(ii) Kerajaan Selangor bercadang membina laluan khas untuk motorsikal di jalan-jalan negeri bagi mengurangi jumlah kemalangan jalan raya.
(iii) Guru-guru di kawasan pendalaman dijangka menikmati insentif baru termasuk insuran keselamatan serta yuran tajaan pengajian ke pusat pengajian tinggi.

[6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.

(i) Penjajah yang pernah menangkap Melaka telah mengambil koleksi bahan-bahan bertulis dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan Kesultanan Melayu ke negara mereka.
(ii) Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini turut mendapat prihatin mesyuarat Jemaah Menteri-menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
(iii) Jabatan Pertanian memperuntukkan bantuan kewangan bagi program pemutihan tanah di dalam usaha membangunkan tanah terbiar.
[6 markah]

3 (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian lengkapkan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Ramli kelihatan tenang sahaja ibarat pepatah _____________________________ ketika pihak polis menggeledah rumahnya yang disyaki menjadi pusat pengedaran dadah kerana dia tahu bahawa tuduhan itu tidak benar.
(ii) “Hasrat pihak tuan yang ingin mengadakan kursus motivasi kepada pelajar-pelajar kami sangat dialu-alukan seperti kata peribahasa ______________________________________, “ kata Pengetua kepada wakil syarikat perunding motivasi tersebut.
(iii) “Untuk menyelesaikan masalah algebra ini, lebih baik kamu bertanya kepada guru matematik kamu sendiri kerana beliau lebih arif ibarat _____________________________,” kata Cikgu Norulain kepada muridnya.

[6 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. hias
ii. berhias
iii. menghiaskan
iv. menghiasi
v. perhiasan
vi. penghias
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk dibawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

Fatimah : Eh, apa yang kaubaca tu?
Meor : Ni hah ..., berita hangat tentang keracunan makanan yang berlaku di
sekolah akhir-akhir ini.
Fatimah : Aku pun pernah terbaca. Tapi, apakah puncanya?
Meor : Daripada petikan ini, aku rasa pengusaha kantin sekolah mengabaikan
faktor kebersihan.
Fatimah : Betul pendapat kau tu. Mereka sepatutnya mementingkan kebersihan,
bukan keuntungan semata-mata.
Meor : Aku setuju, pandai pun kau.
[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico baru-baru ini.

ii. Lintasan keretapi tanpa pagar amat merbahaya kepada penduduk setempat.

iii. Kehebatan pasukan bola sepak China yang selalu diwar-warkan oleh media telah dibukti apabila mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Malaysia.
. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


i. Makluman yang diberi oleh saksi kepada panel-panel hakim adalah bercanggah.

ii. Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang.

iii. Pak Sudin mengangguk apabila dinyatakan prosedur penggunaan pencukur elektrik itu.

[6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam
petikan.

Komitmen kerajaan Rusia dalam usaha melatih angkasawan dari Malaysia merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan. Jika dahulu orang mengatakan bahawa usaha ini hanya mimpi, namun kini apa-apa yang kita idamkan bakal menjadi realiti. Pada Oktober nanti angkasawan sulung dari negara kita akan melepasi orbit dan muncul di angkasa lepas. Hal ini, merupakan satu kejayaan besar kepada negara. Program ini menjadikan Malaysia setanding dengan negara-negara maju di dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menyediakan kursus yang berkaitan aeroangkasa di universiti tempatan.
[6 markah]


SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(SOALAN SPM 2008)

(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menggunakan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakkan frasa itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i). suka duka
(ii). Baik buruk
(iii). Penat lelah
(iv). Melayari laman web
(v). pembangunan mesra alam
(vi). Semangat setia kawan
[6 markah]
(b). Nyatakan pola ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama +
Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

(i). Baju sutera itu untuk ibu.

(ii). Kuda itu berlari pantas.

(iii). Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.

(iv). Tun Razak bapa pembangunan negara.

(v). Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu.

(vi). Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.
[6 markah]
(c). Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahaan pengunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuan, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.
[6 markah]
(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana
masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

(ii). Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya
disimpan di dalam bank.

(iii). Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia
mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.
[6 markah]
(e). Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.

(i). Bagai menatang minyak yang penuh

(ii). Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

(iii). Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

[6 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(UJIAN EXCAL 2)

(a). Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

(i). faedah

(ii). daki

(iii). Alamat
[6 markah]

(b). Tukar perbualan di bawah kepada bentuk laporan. Anda dikehendaki mengekalkan maksud dan susunan isi dalam petikan ini.

Mary Tan: Wah, banyaknya juadah yang disediakan

Sazali : Biasalah. Tidak meriah sambutan hari raya kalau tidak ada juadah yang istemewa.

Mary Tan: Sungguh sedap. Inilah kali pertama saya memakannya. Apakah nama makanan ini.

Sazali : Inilah ketupat daun palas, makanan tradisional masyarakat Melayu.

Mary Tan: Ya, sedap! Lemak rasanya. Bagaimanakah cara menyediakannya?

Sazali : Cara membuatnya agak sukar, memerlukan ketelitian dan ketabahan hati.
[6 markah]

(c). Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahaan pengunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Rumah bagi masyarakat Melayu bukan sahaja merupakan keperluan asas dalam hidup, tetapi juga merupakan seni bena yang diwarih sejak turun-temurun. Pertimbankan yang wajar daripada pelbagai sudut perlu dibuat sebelum mendirikan sesebuah rumah. Unsur seperti alam sekitar, topografi, iklim, kebolihan teknikal tukang rumah, pengaruh agama, kemampuan ekonomi dan kebudayaan serumpun amat dipengaruhi gaya dan bentuk bangunannya.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Berita kemalangan kapal tangki dilaut itu baru diceritakan pada pagi ini.

(ii). Muzium Negara sentiasa dikunjungi pelawat itu akan dibaiki pada minggu hadapan oleh sepasukan kontraktor.

(iii). Sejak berapa tahun belakangan ini industri pelancongan telah menjadi industri utama dalam bidang ekonomi negara.
[6 markah]

(e). Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.

Pada mulanya Azmi hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa kerajinan akan membuahkan hasil. Sejak tahun 1980, beliau mula mengeluarkan sosej dan burger sendiri secara manual. Beliau mahu mulakan dengan cara yang sedikit-sedikit dahulu. Akhirnya, perniagaannya mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pelanggan Melayu tetapi juga kaum-kaum lain. Malahan di sekitar Kuala Lumpur, kita dapat melihat semakin banyak gerai muncul menggunakan jenama ’Azmy Burger’
[6 markah]


SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(PERCUBAAN ASRAMA PENUH 2009)

(a). Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

(i). tawar - tawar- menawar

(ii). simpang - simpang-perenang

(iii). Turun - turun – temurun
[6 markah]

(b). Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan ayat-ayat dalam petikan kepada enam ayat tunggal dengan
mengekalkan maksud dan striktur asalnya.

Pembangunan Malaysia yang pesat telah menarik kemasukan pekerja asing. Mereka datang kerana negara kita aman dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Mereka memperoleh gaji yang lumayan kerana mereka sanggup bekerja keras.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur dengan tekun.

(ii). Pegawai dari institusi pendidikan swasta diundang sebagai penal dalam sesi wawancara yang bertajuk ’menggunakan
Komputer Dalam E-Pembelajaran’.

(iii). Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu kemistian dalam penghidupan manusia moden hari ini.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Sejak peristiwa itu, Norish tidak pernah menengok ibunya di kampung.

(ii). Kita mestilah saling bantu-membantu untuk menghasilkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

(iii). Idwal menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan
sampah.
[6 markah]

(e). Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga
situasi yang berbeza.

Asma dan Dira ialah dua orang sahabat karib yang sentiasa melakukan sesuatu perkara bersam-sama sejak di bangku sekolah. Mereka berjanji untuk mengeluarkan modal sebanyak RM 10, 000.00 seorang. Tetapi malangnya setelah semua persediaan dilakukan oleh Asma, tiba-tiba Dira menarik diri dan membatalkan perjanjian tersebut. Asma yang telah bersedia dari segi mental dan fizikal serta modal yang mencukupi berasa kecewa akan tindakan Dira. Akhirnya, Asma telah menyewa sebuah restoran yang strategik kedudukannya dan beroperasi untuk maju jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
[6 markah]







SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(PERCUBAAN SPM JOHOR 2009)

(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i). antarabangsa

(ii). kakitangan

(iii). setiausaha

(iv). tandatangan

(v). tanggungjawab

(vi). warganegara
[6 markah]

(b). Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i). Usaha memelihara alam sekitar perlu dilaksanakan oleh masyarakat secara bersungguh-sungguh.

(ii). Nota-nota Sejarah itu telah diulang kaji oleh Imran sejak seminggi yang lalu.

(iii). Segala kerja perlu awak siapkan sebelum pergi bercuti pada minggu hadapan.
[6 markah]

(c). Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahaan pengunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja disamping dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini, remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalisma.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Kemerdekaan yang dinikmati oleh kita sekarang ialah hasil pemberian nenek moyang dan para pejuang bangsa.

(ii). Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melukiskan masa hadapan anak-anak dan memastikan mereka terhindar
dari gejala sosial.

(iii). Tujuan Konvensyen Patriotisme Remaja diadakan ialah untuk meningkatkan kualiti modal insan agar mempunyai rasa
sayang dan cinta akan negara.
[6 markah]

(e). Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga
situasi yang berbeza.

Dalam keadaan dunia yang sedang menghadapi kemelut ekonomi, masyarakat diingatkan supaya sentiasa mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat. Mereka hendaklah berjimat dalam membelanjakan wang dan berjimat menggunakan sesuatu barangan supaya tidak menghadapi kesusahan. Mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan walaupun sediki tetapi berterusan pada setiap bulan. Simpanan ini penting untuk kegunaan pada masa kesempitan.
[6 markah]


SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
[PERCUBAAN KUALA LUMPUR 2009]

(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i). menyapa

(ii). memangil

(iii). melaung

(iv). menyeru

(v). menjerit

(vi). meneriak
[6 markah]

(b). Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Batik berasal daripada tradisi keluarga raja-raja indonesia. Batik menjadi simbol feudalisme orang-orang Jawa pada zaman dahulu. Batik diperbuat daripada kapas. Batik dibentuk dengan menggunakan cairan lilin. Batik dibentuk dengan menggunakan teknik cating. Kain batik dicelup menggunakan warna tertentu. Warna batik biasanya dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh asing. Biasanya batik dipakai semasa upacara rasmi. Batik juga dipakai semasa upacara adat.
[6 markah]

(c). Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahaan pengunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Ikan yang dimasak dengan pelbagai cara sesuai disajikan sebagai makanan harian. Kajian menunjukan orang yang makan ikan pada setiap hari dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Bagi pesakit jantung, salor darah (arteri) yang disumbat menghalang otot jantung daripada mendapat bekalan darah yang cukup. Pengambilan ikan dalam deit didapati meninggalkan kesan yang positif pada darah, tekanan darah dan arteri.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Ribut yang deras telah menyebabkan beberapa buah rumah musnah semalam petang.

(ii). Dari setahun ke tahun, gambar menunjukkan bahawa kemalangan dan kematian di jalan raya semakin meningkat.

(iii). Kerajaan mengambil langkah berjaga untuk mengawal wabak denggi yang kian meluas.
[6 markah]

(e). Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga
situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Sungguh sedih saya mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Fatin terhadap Anita. Walaupun Fatin seorang ketua, seharusnya dia berfikir secara rasional sebelum melemparkan tuduhan terhadap Anita kerana kata-katanya boleh menghancurkan kerjaya Anita. Saya berharap Fatin sedar bahawa kedudukannya hanyalah sementara dipinjamkan oleh Tuhan. Lama-kelamaan jawatannya ditinggalkan juga. Sekiranya Fatin tidak suka atau tidak berpuas hati terhadap Anita, eloklah mereka berunding terlebih dahulu, bukan menghina atau memecatnya.
[6 markah]




SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(SPM 2009)

(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i). hiruk-pikuk (iv). Senang-lenang
(ii). selok-belok (v). Lintang-pukang
(iii).lambat-laun (vi). Kenduri-kendara
[6 markah]
(b). Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.

Subjek :_____________________________________________________
Predikat :_____________________________________________________

(i). Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
(ii). Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
(iii). Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan
(iv). Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
(v). Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
(vi). Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang tidak bersih.

(ii). Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.

(iii). Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pelajaran terkini.
[6 markah]
(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka
masa panjang.

(ii). Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai
penyakit.

(ii). Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam menjalankan tugas.
[6 markah]
(e). Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog
tersebut.
Ayah : Syafik, jagalah diri baik-baik keika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam
mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu_______________________________________________________

Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati.

Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara
ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______________
______________________________________________

Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jka ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya
kerana_________________________________________
[6 markah]
SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(PEPERIKSAAN TERENGGANU OTI 1 2009)

(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i). tawar
(ii). tawaran
(iii). menawarkan
(iv). penawar
(v). penawaran
(vi). tawar-menawar
[6 markah]
(b). Kelompokkan ayat-ayat di bawah mengikut jenisnya.

(i). Khairuddin telah menanduk bola itu hingga masuk gol.
(ii). ”Angkat sauh kita belayar sekarang,” arah kapten kepada kelasinya.
(iii). Bapa tuan hendak berangkat ke Mekah esok?
(iv). Rumah Ahmad telah dipukul ribut pada minggu lepas.
(v). Terima kasih kerana anda tidak merokok di sini.
(vi). Makanan yang lazat itu telah saya masak semalam.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Pelancong asing gemar melancong ke Malaysia kerana banyak terdapat komplek beli-belah yang dikenali.

(ii). Sebagai anak, kita mestilah menjaga marwah keluarga dengan menghindar diri daripada perbuatan yang mengaibkan
mereka.

(iii). Virus selsema burung yang dikesan dalam penternakan di Asia pada tahun 2003 telah mengakibatkan berjuta-juta
unggas dimusnahkan.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu akan meneruskan perjalanan ke Eropah di dalam masa satu jam setengah
dari sekarang.

(ii). Sifat amanah dan jujur dapat menghalang para pengusaha dari melakukan penipuan ketika berjual beli.

(iii). Undang-undang yang digubal untuk melindungi, mengatur dan memulihara masyarakat untuk boleh hidup secara aman.
[6 markah]

(e). Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i). Kepergian Allahyarham Dato’ Razali Ismail amat dirasai oleh rakyat Malaysia. Jasa dan pengorbanan beliau dalam
bidang pendidikan amat dikagumi dan sentiasa diingati oleh rakyat.

(ii). Seseorang yang ingin berjaya dalam bidang keusahawanan perlu mempunyai komitmen yang tinggi dan bukannya
mengharapkan bantuan orang lain .

(iii). ”Usahlah bimbang, nanti dia akan balik ke pankuan kamu juga. Diakan adikkau?”,nasihat Mak Siti kepada Rizal.
[6 markah]



SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(SPM 2007)

(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i). muka

(ii). terkemuka

(iii). bersemuka

(iv). permukaan

(v). mengemukakan

(vi). bermuka-muka
[6 markah]

(b). Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i). Saya telah menghabiskan beberapa buah buku masakan tradisional antar tahun 2000 hingga 2006.

(ii). Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.

(iii). Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan Bahasa Melayu.

(ii). Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk
disekitarnya.

(iii). Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodak sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa
setahun.

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.

(ii). Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.

(iii). Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan
dibuat oleh Perdana Menteri.
[6 markah]

(e). Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i). Bahasa Jiwa Bangsa

(ii). Bagai dajwat dengan kertas

(iii). Seperti air dalam kolam
[6 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(JUJ 2008 SET 1)

(a). Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i). gejala - jelaga

(ii). runsing - runcing

(iii). menerap - menurap
[6 markah]

(b). Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i). Maria dan rakan-rakannya pergi ke Pulau Pangkor pada cuti semesta yang lepas.

(ii). Kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemberi dan penerima rasuah .

(iii) Fakhrul sedang membaca novel di bawah sebatang pohon yang rendang.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i) Jentera pemeroses minyak kelapa sawit yang diimpot dari luar itu sudah rosak walaupun baru 3 bulan digunakan.
(ii) Para atlit yang diambil bahagian dalam kejohanan olahraga di Thailand diingatkan agar menjaga tatasusila dan nama baik
negara.
(iii) Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 pernah diperlecehkan sesetengah pihak kerana dicapai melalui jalan
perundengan dn bukannya dengan cara mengangkat senjata,titisan darah,dan air mata.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i).Perlawanan memancing anjuran Persatuan Belia Kampung Permai telah mendapat sabutan luar dugaan daripada orang
ramai (ii). Semua peserta-peserta ekspedisi memanjat Gunung Senyum itu telah tiba ke puncak gunung pada masa yang ditetapkan.
(iii). Tiupan angin yang pantas semalam menyebabkan berapa batang pokok telah tumbang.
[6 markah]

(e). Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.
(i) alah membeli menang memakai
(ii) seperti kera mendapat bunga
(iii) biduk berlalu kiambang bertaut
[6 markah]






SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(JUJ 2008 SET 2)

(a) Tulis dua ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,menggunakan perkataan sebagai
peribahasa dan nama khas.

(i). batas

(ii) alamat

(iii) berada
[6 markah]
(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kami seringkali bercuti ke Port Dickson. Pulau Pangkor juga merupakan destinasi yang sering kami kunjungi
pada musim persekolahan.

(ii)Mardihah berasa gembira apabila menerima hadiah istimewa daripada tunangnya semalam. Dia juga amat terharu apabila
menerima hadiah tersebut.

(iii)Ayah menyuruh abang ke rumah nenek di Jalan Setia .Selepas ke rumah nenek, ayah meminta abang membeli sekotak
Lilin
[6 markah]
(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Ibu sedang terbacakan lapuran sukan di dalam akhbar hari ini yang memuatkan berita kejayaan perenang marathon
negara merentasi Selat Inggeris.

(ii). Ustazah Farhana akan menghadiahi senaskah Al-Quran kepada pelajar yang mendapat markah yang tinggi dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.

(iii). Adriana sering memainkan bowling dengan rakan-rakannya pada setiap petang.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Selera Kampung Restoran menyediakan pelbagai hidangan yang lazat dengan harga yang bertepatan.

(ii). Kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga untuk mengawal wabak denggi yang semakin melarat di negara ini.

(iii). Menteri Pelajaran akan membuat lawatan ke sekolah-sekolah di kawasan pendalaman dari masa ke semasa untuk
memastikan pendidikan masyarakat luar bandar terjamin.
[6 markah]

(e). Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i). Para pejuang tanah air berjuang bermati-matian dan sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan negara
tercinta supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.

(ii). Setelah bertahun-tahun berada di luar negara, akhirnya Danial pulang ke Malaysia untuk berbakti kepada bangsa dan
negara yang tercinta.

(iii). Walaupun pada zahirnya Haikal nampak pendiam, tetapi setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, dia sering
mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.
[6 markah]


SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(PERCUBAAN KELANTAN 2010)

(a). Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i). pulang
(ii). sepulang
(iii). terpulang
(iv). pulangan
(v). kepulangan
(vi). memulangkan
[6 markah]

(b). Tukarkan cakap pindah di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi dalam dialog
tersebut.

Dengan meninggikan nada suaranya, Husna memberitahu Anis supaya mandi dengan segera kerana ada orang ingin berjumpa dengannya. Sambil menjerit dari bilik air, anis ingin tahu tentang orang itu. dengan nada yang kuat juga, Husna menyatakan bahawa dia tidak mengenali akan orang itu tetapi orang itu mengakui bahawa dia ayah Anis. Anis sekali lagi menginginkan kepastian sama ada betul atau tidak dan meminta agar Husna tidak mempermain-mainkannya. Seterusnya, Anis ingin tahu tempat ayahnya sedang menunggu. Sambil berlalu, Husna menyatakan bahawa ayah Anis sedang menunggu di kantin.
[6 markah]

(c). Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahaan pengunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Selsema dalam kalangan kanak-kanak diikuti demam dan batuk merupakan perkara biasa yang dialami pada beberapa tahun pertama hidup seseorang kanak-kanak itu. Walaubagaimanapun, jika gejala ini berpanjangan dan bertambah dengan rasa sakit yang akut mungkin menunjukkan anak berkenaan bukan sekadar mengidap demam biasa, sebaliknya ibu bapa perlu berwaspada kerana besar kemungkinan itu tanda anak mangalami influenza.

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Isu keracunan makanan dapat diatasi jika sekiranya semua pihak menjalankan peranan yang sewajarnya.

(ii). Kerja-kerja membaik pulih jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 akan diambilalih oleh syarikat perunding daripada
Jerman dalam masa terdekat ini.

(iii). Sungguhpun saya bukan berpelajaran tinggi, banyak pendapat yang berikan oleh saya itu mengagumkan para peserta.

(e). Nayatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengatasi tempat kosong dalam ayat di bawah.

(i). Sangatlah susah bagi anak-anak dan cucu orang tua itu melayaninya. Orang tua itu umpama ..........yang tidak dipakai lagi
tetapi tidak boleh dibuang.

(ii). Hatinya hancur bagai ............. setelah mengetahui dirinya telah dibohongi sahabat karibnya sendiri.

(iii).Kemalangan jalan raya yang menimpa suaminya dan diikuti pula kematian anak tunggalnya menyebabkan Joyah berada
dalam kedukaan. Situasi yang menimpa Joyah boleh diibaratkan seperti ........................

[6 markah]



SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(JUJ 2010 SET 2)

(a). Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i). mengkaji
(ii). mengaji
(iii). Mensyaratkan
(iv). Memudaratkan
(v). Melarik
(vi). Melorek
[6 markah]

(b). Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(i). ”Jangan kamu keluar selagi belum menyiapkan kerja rumah,” kata ibu kapeda kakak.

(ii). ”Amboi! Masinnya gulai yang kamu masak ini, Yati,” tegur nenek.

(iii). ”Boleh tunjukkan saya arah ke rumah Ketua Kampung,” minta lelaki tua itu kepada seorang pemuda.

(iv). ”Setiap rakyat harus berjimat cermat ketika berbelanja,” nasihat Perdana Menteri.

(v). ”Oh ibu, ampunkanlah segala dosa saya!” rayu Kamal kepada ibunya.

(vi). ”Baiklah Swee Lin, saya janji akan membayar semua hutang kamu pada minggu depan,” kata Mary Lim.
[6 markah]

(c). Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahaan pengunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Guru seharusnya memikir kaedah yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang tidak bersikap anti-sosial. Sikap pelajar yang mementingkan diri sendiri tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Masalah kemerosotan disiplin pelajar perlu ditangani secara bijaksana. Masalah tersebut sering dikaitkan dengan kegagalan ibubapa. Selain itu punca yang seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Kedua-dua faktor tersebut perlu dipandang serius oleh semua pihak untuk mempastikan bahawa hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berbudi bahasa akan menjadi penyataan.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Cikgu Mubin bercekak tangan memarahi pelajarnya yang tidak menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.

(ii). Walaupun telah menjadi wakil rakyat, dia pernah berlagak sombong, melainkan sering menghormati para penyokongnya.

(iii). Pak Leman mengurut dada bila penyakit lelahnya berlarutan.
[6 markah]

(e). Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat di bawah

(i). Seseorang yang dipelihara atau diasuh dengan penuh kasih sayang.

(ii). Seseorang atau sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.

(iii). Membuat dua kerja pada satu masa.
[6 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
[ PERCUBAAN MARA 2009]
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
namakhas.

(i) perilaku
(ii) prabayar
(iii) poliklinik
(iv) pancaindera
(v) prokerajaan
(vi) pascamerdeka
[6 markah]
(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?

Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.

Cikgu Ani : Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggutunggu awak.

Sara : Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.

Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?

Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam
penghidupan.

(ii) Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar.

(iii) Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota.

(ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua.

(iii) Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang
diwarisi turun-temurun.
[6 markah]
(e) Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara
maksudnya dengan peribahasa tersebut.

(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama
cantik dan sama padan.
(ii) Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup
mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara.
(iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau
masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
[6 markah]

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
[PERCUBAAN KEDAH 2009]

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) bersih-membersih
(ii) cubit-mencubit
(iii) tingkah-meningkah
(iv) mengemaskinikan
(v) mencampuradukkan
(vi) menguatkuasakan
[6 markah]

(b) Tukar ayat-ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat-ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kawasan ini menyimpan pelbagai kenangan.

(ii) Ke Puncak Janing ditempuh dengan berjalan kaki.

(iii) Pertanyaan itu pernah kami kemukakan pada minggu lalu.

(iv) Pameran Minggu Pelaburan Amanah Saham Wawasan diadakan di perkarangan pejabat daerah.

(v) Stesen Sentral Kuala Lumpur sibuk sekali dengan kehadiran penumpang.

(vi) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan daripada kerajaan.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Faktor pertama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah penambahan bilangan kenderaan berinjin.

(ii) Pelajar yang gagal menguasai Bahasa Inggeris akan menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan.

(iii) Pengambilan karbohiderat secara berlebih seperti nasi merupakan salah satu punca obesiti.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat semula.

(i) Masyarakat menganggap menghidu ganja adalah kesalahan kecil berbanding dengan ketagihan dadah.

(ii) Kemiskinan mendorong petani meninggalkan jurusan pertanian hingga mengakibatkan timbulnya masalah tanah pertanian terbiar.

(iii) Di zaman kegawatan ekonomi, pengguna harus berkerjasama untuk mengawal harga supaya tidak menaik.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang
terdapat dalam petikan ini.

Ramli tidak pernah patah semangat. Dia berazam untuk mencapai matlamatnya mengeluarkan sosej dan burger yang diiktiraf halal. Dengan berkat usahanya dan bukti kemajuan yang ditunjukkan akhirnya dia berjaya mendapat pinjaman sejumlah RM50,000. Kini, sesudah dua puluh tahun, Ramli Burger berjaya memperoleh jualan tahunan menjangkau RM42 juta.
[6 markah]

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(PERCUBAAN SABAH 2010)

a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda fahamakan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. daya tenaga
ii. daya upaya
iii. daya serap
iv. daya tahan
v. daya saing
vi. daya maju

[6 markah]
b) Baca ayat-ayat di bawah kemudian nyatakan jenis ayat majmuk yang terdapat dalam setiap ayat itu ( majmuk pancangan
relatif, majmuk pancangan gabungan, majmuk pancangan komplemen, majmuk pancangan keterangan) .

i. Kita mestilah melakukan satu perancangan yang seharusnya bermula pada peringkat awal.

ii. Menteri Belia dan Sukan mengatakan bahawa usaha ini haruslah dimulakan pada peringkat awal.

iii. Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam.

iv. Lelaki kurus yang berkaca mata itu jurusan undang-undang.

v. Jari kedua-dua tangannya putus lantaran bermain mercun.

vi. Kesemua pekerja kilang itu menerima ganjaran bonus melainkan yang tidak proaktif.
[6 markah]

c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu.Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Pembabitan Malaysia dalam bidang teroka angkasa lepas bermula pada awal 1980 an sedangkan bidang tersebut telah dicebur lebih awal lagi oleh sesetenggah negara lain. Pada mulanya rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada terlibat dalam bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos yang dilaborkan.
[6 markah]

d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Yang Berusaha Wakil Rakyat kawasan kita tidak dapat hadir pada majlis perasmian itu kerana beliau terpaksa menghadiri
mesyuarat penting.

ii. Semua murid-murid prasekolah perlu celik huruf sebelum berjalan masuk ke sekolah rendah.

iii. Pengambil alihan syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurusan syarikat.
[6 markah]

e) Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

i) Ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.

ii) Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

iii) Tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.
[6 markah]


SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
[PERCUBAAN NEGERI SEMBILAN 2010]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) susun (iv) tersusun
(ii) susunan (v) bersusun-susun
(iii) menyusun (vi) penyusunan
[6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi enam ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asa/ ayat-ayat
tersebut.

Warga tua memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak seharusnya ditempatkan di rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu, anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka. Sebaliknya, sentiasalah memberikan perhatian kepada mereka.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalaban ejaan dan satu kesalaban penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para jemputan dikehendaki supaya men gena pakaian yang sesuai ketika menghadiri majlis peresmian Pertandingan Pidato
Piala Diraja itu.

(ii) Bagi membolehkan Malaysia dibangunkan dengan pesat dan berdaya saing pada peringkat antara bangsa, penguasaan
rakyat dalam beberapa bahasa utama dunia merupakan satu keperluan.

(iii) Kakitangan awam dinasihatkan agar tidak mencampur adukkan masalah peribadi dengan masalah kerja semasa bertugas.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa Senaraikan
dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kala atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di negara yang berhemah ini.

(ii) Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan amaran keras pada para pengusaha ladang bahawa mereka akan didakwa jika melakukan pembakaran terbuka.

(iii) Farah Sakinah berjaya mendapat tempat kedua di dalarn perlawanan Lagu Puisi yang diadakan di Kompleks Budaya.
[6 markah]

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog
tersebut.

Syahmi : Generasi muda seperti kita, merupakan aset penting kepada negara. Oleh itu, kita seharusnya dididik dengan
sempuma sejak kecil oleh ibu bapa, ibarat kata orang-orang tua ___________________________________

Hafiz : Betul kata kamu tu, Syahmi. Pad a pendapat saya, guru sebagai pendidik seharusnya bekerjasama dengan ibu bapa
________________________________________untuk meningkatkan keperibadian murid dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan pada masa depan.

Syahrni: Sebagai remaja, kita sememangnya sering dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mungkin melakukan pelbagai
kesilapan, bak kata pepatah ___________________________________ . Ibu bapa dan gurulah yang dapat
diharapkan untuk membantu kita menyelesaikan masalah dan memberikan nasihat serta tunjuk ajar.
[6 markah]



SOALAN 3 : PENGETAHUAN PEMAHAMAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
[SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERCUBAAN 2010]
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) menyalahi – menyalahkan

(ii) mendasari – mendasarkan

(iii) menghiasi – menghiaskan
[6 markah]
(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

Cikgu Ali : Daripada apa yang saya lihat, gelagat tiga orang pelajar itu jelas bertentangan dengan tatasusila sebagai pelajar
sekolah.

Cikgu Siti : Saya akan mendapatkan pita video yang merakamkan gelagat ketiga-tiga orang pelajar itu.

Cikgu Ali : Kesemua ini akan kita siasat bagi mendapat gambaran sebenarnya insiden yang terjadi. Saya memandang serius
terhadap kejadian yang membabitkan tingkah laku pelajar semasa di sekolah.

Cikgu Siti : Jika Jawatankuasa Disiplin puas hati bahawa tingkah laku tiga orang pelajar itu melanggar tatasusila sebagai
pelajar sekolah, mereka bakal berdepan dengan hukuman berat.

Cikgu Ali : Kita perlu bertindak tegas atas mana-mana pelajar yang melanggar disiplin.

Cikgu Siti : Kita akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin pada petang nanti.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ibu memotongkan kek itu kepada sepuluh bahagian supaya dapat diagehkan kepada anak-anak yatim itu.

(ii) Semua calun yang akan menduduki peperiksaan SPM diminta semak angka giliran masing-masing di bilik kaunseling.

(iii) Orang kampung lebih suka menghabiskan masa beristirehat di warung kopi Pak Ali sambil mengisikan perut mereka.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan atau istilah dan satu kesalahan tatabahas. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika
berada di dalam terowong yang panas.

(ii) Pihak ibu bapa begitu murka kerana pihak sekolah tidak melaksanakan hukuman merotan mengikut prosedur yang betul.

(iii) Kita tidak boleh bergantung kepada sektor perindustrian semata-mata oleh kerana sektor pertanian juga memainkan
peranan untuk menyumbangkan pendapatan negara.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian catatkan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Choong dan Raju dinasihati oleh guru kaunseling itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang
wujud antara mereka.

(ii) Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.

(iii) Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi
insan yang berguna. [6 markah]
SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(UJIAN PENGESANAN PULAU PINANG 2007)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan kata nama khas.

(i) terkial-kial
(ii) tergila-gila
(iii) terkinja-kinja
(iv) termangu-mangu
(v) tercari-cari
(vi) tersipu-sipu
[6 markah]

(b) Tukar ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat-ayat pasif.

(i) Kita perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk menarik pelancong.

(ii) Dia membersihkan halaman rumah pada setiap hujung bulan.

(iii) Masyarakat perlu menggunakan komputer peribadi buatan tempatan bagi meningkatkan jualan komputer di negara
sendiri.
[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut
dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pensyarah yang melakukan penyelidikan dalam bidang kepanasan suhu bumi memperoleh pelbagai maklumat, data,
analisa dan kefahaman tentang aliran perubahan cuaca global.

(ii) Bahan bacaan yang masyhur tentang perjuangan rakyat kita dahulu sejak zaman pra merdeka sehinggalah zaman perisian
kemerdekaan boleh diperoleh dengan mudah di perpustakaan.

(iii) Sayambara Puisi Patriotik penganjuran Dewan Bahasa dan Pustaka berlangsung hingga akhir bulan Ogos.
. [6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Setiap orang pekerja di negara ini diwajibkan menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk
kegunaan hari tua mereka.

(ii) Encik Zainal menerima surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan taksiran cukai pendapatannya yang
terhimpun.

(iii) Kata-kata aluan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua dalam mesyuarat guru pada pagi tadi telah menyatakan semangat
kepada semua guru untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.
[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau katakata hikmat yang menggambarkan tiga
situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Berita-berita ngeri tentang kemalangan jalan raya yang sentiasa menghiasi kaca televisyen dan akhbar seolah-olah tidak mendatangkan sebarang kesan kepada pengguna jalan raya. Jika dikatakan kerajaan tidak bertindak terhadap masalah ini adalah tidak tepat. Hal ini demikian kerana kerajaan telah mengambil pelbagai langkah keselamatan terhadap pengguna jalan raya. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Hakikatnya pengguna jalan raya sendiri perlu mencuba menyelesaikan masalah mereka semasa berada di jalan raya. Mereka perlu mempunyai disiplin seperti mematuhi had laju yang ditetapkan. Mereka perlu menghentikan perbuatan negatif seperti memandu melebihi had laju sehingga membahayakan nyawa mereka. [6 markah]

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(PERCUBAAN PAHANG 2009.)
(a) Tulis satu ayat daripada setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) kawal selia

(ii) kenal pasti

(iii) maklum balas

(iv) bedah siasat

(v) lintas langsung

(vi) susun atur
[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Rasuah ialah penyakit sosial yang sukar dihapuskan sepenuhnya. Gejala ini mesti dibendung di semua peringkat dengan mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat. Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat
dan melumpuhkan ekonomi negara.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pihak penguasa berusaha untuk memberantas masaalah penyeludupan yang kerap berlaku di kawasan sempadan Malaysia
dengan Thailand.

(ii) Azizan mengirim ibunya sepucuk surat setelah dua minggu dia mengikuti khusus di pusat latihan itu.

(iii) Orang ramai tidak sepatutnya terpedaya oleh sekim pelaburan tertentu yang kononnya menjamin keuntungan yang
lumayan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal
pasti dan betulkan kesalahankesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pelumba basikal saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan peringkat kedua dalam kejohanan yang
berprestasi itu.

(ii) Beberapa kawasan yang mereka lawati itu tidak mempunyai keselesaan asas yang mencukupi.

(iii) Tikus mengerip beberapa helai baju yang disimpan dalam almari itu hingga koyak dan tidak dapat digunakan lagi.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Disebabkan terlalu mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti diperoleh, barang yang sudah sedia ada dibuang.

(ii) Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan.

(iii) Hanya kerana melakukan kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan orang.
[6 markah]




SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(JUJ 2010 SET 3)
(a). Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

(i). melabuhkan

(ii). merosot

(iii). menjalar
[6 markah]
(b). Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

(i). Pegawai itu pengurus yang baru di syarikat ini?

(ii). Masuklah, majlis akan dimulakan sebentar nanti.

(iii). Gadis itu ialah wakil syarikat jualan langsung.

(iv). Oh, Tuhanku! Ampunkanlah semua dosaku.

(v). Jangan tumpahkan air itu walaupun sedikit.

(vi). Penutupan kilang kasut itu adalah muktamad.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Usaha mengageh-agehkan makanan kepada mangsa banjir di Johor akan berterusan oleh pasukan Palang Merah.

(ii). Anggota polis terafik akan ditempatkan di panjang lebuh raya ketika musim perayaan.

(iii). Daun sireh amat berguna dalam berubat tradisional.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Setiap perhambaan ibu dan ayah hendaklah diingati oleh kita pada setiap masa.

(ii). Kedua mempelai itu begitu secocok apabila disandingkan di atas kerusi.

(iii). Program pemutihan bagi penagih dadah-penagih dadah akan diteruskan walaupun melibatkan peruntukan kewangan
yang besar.
[6 markah]
(e). Berikan peribahasa yang maksudnya berlawanan dengan ayat di bawah.

(i). Pendatang asing tidak perlu mematuhi setiap undang-undang negara ini.

(ii). Para siswazah tidak perlu bekerja dalam bidang lain walaupun pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka tiada
pada masa itu.

(iii). Walaupun sudah melebihi 20 tahun Azman bekerja di luar negara, namun dia tetap tidak mahu pulang ke tanah air.
[6 markah]


SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(JUJ 2010 SET 1)

(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i). haram - pengharaman
(ii). risau - kerisauan
(iii). tunda – penundaan
[6 markah]

(b). Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa dengan mengekalkan maksudnya.

(i). Kami mementaskan drama Si Tenggang semasa meraikan kunjungan para wartawan dari Indonesia.

(ii). Untuk membangunkan sumber manusia bertaraf dunia, pendidikan sepanjang hayat merupakan satu kaedah terbaik.

(iii). Kerana Ali akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ayah tidak menggalakkan Ali terlalu kerap
menonton televisyen.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Hadirnya pendatang asing telah menimbulkan banyak delema kepada penduduk tempatan.

(ii). Jenayah yang licek itu akhirnya ditangkap oleh pihak polis dalam satu sebuan di tempat persembunyian semalam.

(iii). Usaha meningkatkan syair Islam perlu kerjasama daripada kerajaan dan tokoh-tokoh agama.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Ibu memasukkan cincin kepada jari manis kakak Saedah semasa majlis pertunangan dengan abang saya.

(ii). Namun banyak kemusnahan ketika berlakunya gempa bumi baru-baru ini, penduduk Aceh tetap meneruskan
kehidupannya.

(iii). ”Jangan mudah terpesona akan pujuk rayu lelaki asing oleh kerana kamu tidak tahu muslihat mereka,” nasihat ibu
kepada kakak.
[6 markah]

(e). Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.

(i). “Saya tidak menuduh sesiapa dalam kalangan kamu yang mencuri lembu Pakcik Kadir tetapi mereka yang terlibat mesti
tahu akan kesalahan masing-masing,” kata Ketua Kampung itu.

(ii). Dewi memarahi Ravi kerana menuntut kembali jam tangan emas yang diberikan kepadanya.

(iii). Datuk Kamaruddin percaya bahawa beliau akan berjaya dalam perniagaan yang lain kerana pernah gagal dalam
perniagaan pertama dahulu.
[6 markah]

7 comments:

  1. noleh cikgu beri saya jawapan, terima kasih

    ReplyDelete
  2. cikgu boleh beri saya jawapan,terima kasih
    Hanis_keawmani@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Cikgu saya nak jawapan
    Harvitk@gmail.com

    ReplyDelete
  5. cikgu, mohon email jawapan

    sarahnajwa89@gmail.com

    terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  6. cikgu boleh beri saya jawapan,terima kasih..
    jenniferlim06@gmail.com

    ReplyDelete