Friday, July 22, 2011

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.6)juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) insentif
(ii) intensif
(iii) aspirasi
(iv) inspirasi
(v) interaksi
(vi) interpretasi [ 6 markah ]

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Pisahkan subjek dan predikat ayat-ayat
tersebut.

(i) Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut.
(ii) Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan
kerja-kerja amal.
(iii) Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah. [ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti dan betulkan kesalahan -kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Jurujual itu sedang mengetengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut
agar pembeli tahu selok belok merapi rambut yang betul.
(ii) Usaha membenteras va ndalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua
pihak.
(iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi
pada akhir tahun 1990an lagi. [ 6 markah ]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke
sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi.
(ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya
pencairan ais pada kawasan kutub.
(iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu
yang belum dia kuasai. [ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain
yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

(i) Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaikbaik
semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.

(ii) Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata
peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

(iii) Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke
tempat asalnya, bak ka ta peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.
[ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang
berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

(b) Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar masa
dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.
[8 markah]

1 comment: