Friday, July 22, 2011

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.5) juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.


(i) tulus - telus
(ii) seloroh - seluruh
(iii) cocok - cucuk

[6 markah]
(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme. Vandalisme ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme.

[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari lalu.

(ii) Dalam majlis itu, berbagai-bagai persembahan telah diada sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun.

(iii) Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindar diri daripada perbuatan yang mengaibkan mereka.
[6 markah]



(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa spesies burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

(ii) Pesilat itu melenting ke kiri dan kanan sebelum menerpa ke arah pihak lawan.

(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu akan meneruskan perjalanan ke Eropah di dalam masa satu jam setengah dari sekarang.

[6 markah]
(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap daripadanya.

(i) seperti lembu dicucuk hidung
(ii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(iii) biar mati anak, jangan mati adat
[6 markah]


Soalan 4 : Novel

[15 markah]


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Renyah
(ii) Sutera Dalam Lukisan

(a) Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam salah satu novel yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Bandingkan watak utama melalui mana-mana dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]

1 comment: