Wednesday, October 13, 2010

ASPEK SASTERA

ASPEK  SASTERA

SINOPSIS
1.          Ringkasan cerita lebih kurang 100 – 150 patah perkataan
2.          Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

TEMA DAN PERSOALAN
1.          Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu  karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
2.          Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan sesuatu karya.

WATAK DAN PERWATAKAN
1.          Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam
2.          Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
3.          Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata atau watak-watak berkenaan.
4.          Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik,protagonis dan antagonis.
5.          Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaan dan ideologi serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
6.          Watak pipih lazimnya tidak kompleks , tidak berkembang dan tidak memeranjatkan pembaca.
7.          Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya dan fizikalnya.
8.          Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan dan permasalahan dari awal hingga akhir.
9.          Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan dan tidak bergerak.
10.Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut  watak sampingan.
11.Watak protagonist ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah dan sebagainya.Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonist.

PLOT
1.    Plot sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2.    Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
3.    Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot  dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.Plot ialah penyusunan kronologi yang diubahsuai mengikut kemahuan pengarang.
4.    Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan cerita secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
5.    Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
6.    Perkembangan plot mengakibatkan konflik
7.    Peristiwa berkembang kepada pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
8.    Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

TEKNIK PLOT
1.    Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
2.    Antara teknik plot termasuklah;
(a)  Imbas kembali
Merupakan satu teknik pengarang mengenang semula pernah yang berlalu. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman.

(b)  Imbas muka
       Merupakan cara pengarang memberi bayangan awal atau    ramalan tentang sesuatu peristiwa yang  akan berlaku kesan.
(c)        Saspens
  Ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

(d)       Konflik
  Merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran

LATAR
1.    Berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
2.    Latar penting dalam mengembangkab tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan. Idea, plot dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
3.    Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tamggungjawab watak, waktu dan sebagainya
4.    Terdiri daripada empat jenis iaitu;
-         Latar tempat
-         Latar waktu atau masa
-         Latar masyarakat atau citra masyarakat
-         Latar peralatan cerita dan watak

NILAI
Antara contoh nilai ialah;
-         Baik hati
-         Berdikari
-         Hemah tinggi
-         Hormat menghormati
-         Kasih sayang
-         Keadilan
-         Kebebasan
-         Keberanian
-         Kebersihan mental dan fizikal
-         Kejujuran
-         Kerajinan
-         Kerjasama
-         Kesederhanaan
-         Kesyukuran
-         Rasional
-         Semangat bermasyarakat dan lain-lain yang bersesuaian

PENGAJARAN
1.    Pengajaran ialah peringatan / pedoman / perutusan / amanat / mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca.
2.    Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi  dalam karya moden ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung. Jika nilai positif, mulakan dengan
-         Kita hendaklah............  
-         Kita seharusnya........
       Jika nilai negattif , mulakan jawapan dengan
-         Kita jangan .....

No comments:

Post a Comment