Wednesday, October 13, 2010

CONTOH JAWABAN dan KESILAPAN BIASA CALON DALAM SOALAN NOVEL

Soalan 4(a)
Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

************************************************************************************

Arahan utama soalan :
1. Bahagian permulaan novel
2. Menentukan pembaca meneruskan pembacaan novel
3. Dua sebab bahagian tersebut menarik minat pembaca.

Kesilapan calon :
1. Menulis sinopsis dua bahagian permulaan yang menarik minatnya membaca.
2. Menyatakan watak dan perwatakan pada bahagian permulaan secara umum.
3. Mengambil contoh bukan pada bahagian pengenalan.
4. Tidak menyatakan sebab bahagian permulaan yang menarik.

Alasan yang sesuai :
1. Unsur kejutan yang digunakan oleh pengarang.
Contoh: Robert tiba-tiba ditangkap oleh sekumpulan orang sakai. Pembaca
tertanya-tanya nasib Robert seterusnya.
2. Unsur pemerihalan perwatakan watak utama iaitu Ratu Bongsu yang digambarkan hebat.
Pembaca ingin mengetahui bukti kehebatan Ratu Bongsu mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada diambil oleh penjajah.
3. Pengarang memperlihatkan pelbagai dugaan besar/ cabaran kepada penjajah untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan. Misalnya hujan turun dengan lebat disamping mereka kehilangan penunjuk jalan dan pembantu yang mengangkat barang. Pembaca tertanya-tanya bagaimanakah ikhtiar mereka untuk menunaikan tanggungjawab terhadap negara asal mereka.


Soalan 4(b)
Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

************************************************************************************
Arahan utama soalan :
1. Persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel.
2. Perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel.

Kesilapan calon :
1. Menyenaraikan seberapa banyak latar masyarakat dan tidak menyatakan sama ada latar tersebut merupakan perbezaan atau persamaan.
2. Membezakan dan menyamakan dengan cara memberi huraian umum tanpa menyebut watak dan perwatakan yang releven dengan latar tersebut.

Contoh isi jawaban :

1. Persamaan latar masyarakat : Masyarakat yang tolong-menolong.
DHP : Syed Fikri bersama-sama penduduk kampung bantu-membantu membina shelter untuk melindungkan diri daripada serangan bom tentera Jepun.
PGT : Orang sakai menolong Perempuan Tua yang ditinggalkan keseorangan di dalam hutan ketika mahu melahirkan anak.

2. Perbezaan latar masyarakat : Pegangan agama
DHP : Longgarnya pegangan agama dalam kalangan masyarakat. Budin digambarkan sering mabuk ketika pulang ke rumah. Rosiah sanggup menggadai maruah kepada tentera Jepun sebagai balasan untuk mendapatkan bekalan makanan.

PGT : Perempuan Tua sebaliknya kuat berpegang teguh kepada ajaran agama Islam walaupun tinggal dengan masyarakat orang Sakai yang tidak mempunyai agama bahkan Perempuan Tua turut mengajar agama Islam kepada beberapa orang perempuan Sakai tersebut.

No comments:

Post a Comment