Wednesday, October 13, 2010

TEMA DAN LATAR NOVEL RENYAH

Tema:Kekeluargaan 

Contoh huraian SPM :    

     Novel Renyah memaparkan tema kekeluargaan. Kesemua bab dalam novel ini berkisar tentang kisar Datuk Dolhi dan keluarganya. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah lima orang anaknya. Kesibukan Datuk Dolhi dalam perniagaan serta kesibukan isterinya, Datin Tominah denagn aktivitinya dan tindakan mereka yang selalunya memberikan anak-anaknya semua kemewahan, telah menyebabkan anak-anak mereka tidak berminat dalam dunia perniagaan. Mereka memilih haluan sendiri seterusnya terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Hanya Wahi, anak Datuk Dolhi bersama Mastura iaitu isteri kedua Datuk Datuk Dolhi yang telah meninggal dunia, berjaya dididik dalam keadaan serba kekurangan untuk meneruskan perniagaan Datuk Dolhi.

Renyah: Persoalan…?

Terdapat banyak sekali persoalan yang terkandung dalam novel ini. Kebanyakan persoalannya pula berkisar tentang keluarga dan kerjaya. Antaranya ialah:-
  • Terperangkap dengan ajaran songsang
~ Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi telah menyertai kumpulan dakwah yang songsang sehingga tidak mahu bekerja kerana menganggap pekerjaan sekarang bersifat sekular.
  • Kehidupan ahli perniagaan dan dunia perniagaannya
~ Datuk Dolhi merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Syarikat usaha samanya dengan Albert Lee iaitu Syarikat Dolhi-Albert Holding menjalankan operasi sebagai pemaju perumahan, pemaju kawasan dan pembalakan. Rangkaian perniagaannya luas sehingga ke luar negara iaitu Kemboja dan Uzbek.
  • Rasuah menjadi amalan kerana mahu kehidupan yang mewah
~ Hasnol walaupun berjawatan tinggi tetapi sering mengalami masalah tidak cukup wang kerana sikap boros dan mengikut kata isterinya. Akibatnya dia terperangkap dengan gejala rasuah dan akhirnya dihadap ke muka pengadilan.
  • Penyalahgunaan dadah sering dikaitkan dengan kumpulan rock
~ Dani merupakan anak Datuk Dolhi yang merupakan penyanyi rock sering mengambil dadah untuk menjadikan persembahannya lebih bertenaga. Akhirnya Dani ditangkap dan dihantar ke pusat serenti untuk pemulihan.
  • Kegagalan mendidik anak-anak punca keruntuhan keluarga
~ Datuk Dolhi dan Datin Tominah gagal mendidik anak-anak mereka dengan sempurna kerana terlalu memberikan kemewahan. Anak mereka seperti Mukhlis, Dani dan Hasnol menghadapi kegagalan dalam hidup.

Renyah: Watak & Perwatakan…?

Watak ialah pelakon dalam sesebuah karya. Manakala perwatakan pula ialah sifat, sikap dan corak pemikiran watak tersebut.
Terdapat 18 watak yang ditonjolkan oleh novel Renyah tersebut. Antaranya ialah:-
Datuk Dolhi
  1. Usahawan yang berumur 60-an.
  2. Syarikat kerjasamanya dengan Albert Lee ialah Dolhi Albert Holding.
  3. Mempunyai 2 orang isteri tetapi isteri keduanya telah meninggal dunia dan memiliki 6 orang anak.
  4. Perwatakannya:-
  • Bijak
  • Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
  • Menyayangi isterinya Datin Tominah dan Mastura serta anak-anaknya.
  • Rajin bekerja seperti kerap melawat tapak projek, rajin membaca.
Datin Tominah
  1. Isteri pertama Datuk Dolhi, berumur dalam lingkungan 50-an.
  2. Perwatakannya:-
  • Sibuk dengan aktiviti sosial kumpulan datin.
  • Mementingkan kecantikan.
  • Kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak.
  • Kuat cemburu misalnya sering berbincang tentang cara-cara mengawal suami.
Hasnol
  1. Anak sulung Datuk Dolhi yang berjawatan sebagai pegawai PTD.
  2. Isterinya Linda dan mempunyai 2 orang anak.
  3. Perwatakannya:-
  • Tidak tegas dan sering menurut telunjuk isterinya seperti bercuti ke luar negeri setelah diugut isteri.
  • Boros dan akhirnya menerima rasuah untuk memenuhi permintaan isterinya.
  • Tidak berminat dalam perniagaan.
Amera
  1. Anak ke-2 Datuk Dolhi, seorang guru dan cantik.
  2. Isteri Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas.
  3. Perwatakannya:-
  • Komited terhadap tugasnya sebagai guru. Dianugerahkan pendidik terbaik seluruh negeri.
  • Sopan santun menyebabkan Robert Lee terpikat.
Wahi
  1. Anak Datuk Dolhi dengan Mastura, umurnya sekitar pertengahan 20-an.
  2. Dihantar belajar di Jepun kemudian dilantik menggantikan Datuk Dolhi.
  3. Perwatakannya:-
  • Amanah.
  • Bertanggungjawab misalnya menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan oleh Datuk Dolhi walaupun berada di Jepun.
  • Berfikiran positif.
  • Berbudi bahasa.
Latar Tempat Novel Renyah

1. Pejabat Datuk Dohli
·         -Tempat menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings.
·        - Di mana Mukhlis datang bagi meminta wang daripada Datuk Dolhi untuk pergi berdakwah di India.

2. Rumah Datuk Dolhi
·         -Datuk Dolhi , isterinya Datin Tominah dan anak-anaknya Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis serta Dani  tinggal di sini.
·         -Tempat Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya.

3. Pedalaman Sarawak
·        - Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan.

4. Tokyo, Jepun
·         -Datuk Dolhi pergi ke Tokyo, Jepun untuk melupakan masalah anak-anaknya.
·         -Datuk Dolhi pernah pergi ke Tokyo untuk mengikuti program JICA.
·         -Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah ayah kandungnya.

5. Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau
·         -Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta tiga anak.

6. Kelab Mawar
·         -Amera bertemu dengan peminat misterinya iaitu YB Wahab.

7. Teratai Inn
·         -Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol membantunya meluluskan semua tendernya.

No comments:

Post a Comment